Pages

Tuesday 16 August 2016

Jaga..

*JAGA-JAGA, TERGELINCIR..*

Nu'man bin Tsabit atau yg biasa kita kenal dgn Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala, pernah berjalan bertentangan arah dgn seorang budak kecil yg berjalan mengenakan terompah kayu.

Si imam berkata: "Jaga-jaga Nak dgn terompah kayumu itu, jangan sampai kamu tergelincir."

Budak ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.

"Bolehkah saya tahu namamu, Tuan?" tanya si budak kecil itu tadi.

"Nu'man namaku", jawab si imam.

"O.. jadi, tuankah yg selama ini terkenal dgn gelaran Al-Imam Al-A'zhom (Imam agung) itu..?", tanya si budak.

"Bukan aku yg memberi gelaran itu. Masyarakatlah yg berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku", jawab si Imam.

"Wahai si Imam, berhati-hatilah dgn gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran itu. Terompah kayuku ini mungkin hanya mnggelincirkanku di dunia. *Tetapi gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yg kekal JIKA KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN menyertainya..."*

Ulama besar yg diikuti byk umat Islam itupun tersungkur menangis menerima nasihat 'tajam' drpd seorang budak kecil...

Imam Abu Hanifah rahimahullah Ta'ala (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan yg begitu dalam maknanya, justeru ia datang dari lidah seorang budak.

Betapa RAMAI manusia yg
Tertipu kerana PANGKAT,
Tertipu kerana KEDUDUKAN,
Tertipu kerana GELARAN atau TITLE,
Tertipu kerana POSISI yg 'DIMULIAKAN',
Tertipu kerana STATUS SOSIAL,
Tertipu kerana sebutan gelaran HAJI/HAJJAH, USTAZ, AL-FADHIL, SYAIKH, DOKTOR, DATO', DATIN dan sebagainya.

Marilah kita berhati-hati dan TERUS SALING MENGINGATKAN agar jangan sampai kita tergelincir...

Jangan sampai kita menjadi angkuh dan sombong kerana gelaran, pangkat, status sosial dan kebesaran di dunia.

Ingatlah...
"Sepasang tangan yg menarik kita takkala terjatuh lebih kita percayai dari seribu tangan yg menyambut kita takkala tiba di puncak kejayaan.."

Mari kita hubungi sahabat-sahabat kita...
Kerana sahabat yg baik adalah pelita di kegelapan..
Kadang cahayanya baru terasa ketika dunia terasa gelap.

Ketahuilah...
*"TIDAK AKAN MASUK SYURGA orang yg dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi." (Hadis riwayat Muslim).*

JANGAN MEREMEHKAN NASIHAT, WALAUPUN DATANGNYA DARIPADA SEORANG 'BUDAK HINGUSAN'

انظر ما قال ولا تنظر من قال

No comments:

Post a Comment